~As wE tRaveL aLoNg tHis LOng, lONg roAd..wE'll LoSe soMe THinGs, and pICk sOmE uP~
RSS

Long Call

Long call, jike di-direct translate adelah panggilan panjang..namun, that's not what it's actually called in malay..it's Petisyen Penerimaan Masuk Peguambela dan Peguamcara...


At about 11.00 - 11.30 a.m. (tak ingat the exact time), on 21.1.2011, Yang Arif Hakim Dato' Rohana binti Yusoff had uttered these words at Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas 2, Kuala Lumpur:


 "Saya dengan ini memerintahkan agar Pempetisyen Cik Azraa Fardilla binti Ab Rahim diterima masuk dan didaftaraikan sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya"

those very words means that I have been admitted as an Advocate and Solicitor of Malaya. In other words, i'm officially a lawyer! =) [well, i still need to get the fair order, file to the bar council and stuff, but, yeah, u can consider me a lawyer now..hehe..]

I'd really like to thank my mover, En. Isa Aziz Ibrahim for willing to be my mover..sori for writing your name wrongly..  ;p ..but seriously, thanx for being my mover (though i doubt he'll ever read this..heh)..


for those who really wanted to come, but just could not make it in time to hear my long call speech which was delivered by En. Isa, fret not, i'll tell u everything (including the parts where my encik mover added his comments, tapi tak janji laa nak tules verbatim cuz cam tak ingat sangat sebijik-sejibik pekataan dye..;p)


here it is:

(black-my speech which i gave to him n he delivered it)
(blue- his comments or tambahan, etc)
(purple-my explanation)


DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
(BAHAGIAN RAYUAN DAN KUASA-KUASA KHAS)
PETISYEN UNTUK PENERIMAAN MASUK NO. 18-318-10

Petisyen untuk Penerimaan Masuk    
Peguambela dan Peguamcara            
No.18-318-10                                              
Dalam perkara  AZRAA FARDILLA BINTI AB RAHIM (No. K/P: ) beralamat di 


Dan
Dalam Perkara Seksyen 10 & 15   Akta Profesion Undang-undang 1976 (Akta 166)

AZRAA FARDILLA BINTI AB RAHIM                                                     …PEMPETISYEN


DI HADAPAN YANG ARIF HAKIM DATO’ ROHANA BINTI YUSUF
PADA 21 HARIBULAN JANUARI 2011                           


Dengan izin Yang Arif,

Saya, Isa Aziz Ibrahim mewakili pihak Pempetisyen, Azraa Fardilla binti Ab Rahim yang hadir pada pagi ini. Rakan-rakan bijaksana saya yang mewakili Peguam Negara Malaysia, Majlis Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur adalah seperti yang telah diperkenalkan kepada Yang Arif terlebih dahulu.

Yang Arif, saya dengan rendah diri memohon kebenaran untuk memperkenalkan Pempetisyen, Azraa Fardilla binti Ab Rahim.

Yang Arif,
Pempetisyen telah dilahirkan pada 12 Mac dan merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik kepada pasangan Haji Ab Rahim bin Kasim dan Zawiah binti Muhammad. Pempetisyen telah menerima pendidikan awal di Kitchener Primary School, Cardiff, Wales, Severn Road Junior School, Cardiff, Wales dan SK (P) Methodist Kuantan, Pahang. Pempetisyen kemudiannya meneruskan pendidikan sekolah menengahnya di SMKA TAHAP, Jerantut, Pahang dan MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan sebelum melanjutkan pengajiannya dalam jurusan undang-undang di Kulliyyah Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Yang Arif,
Di kesempatan ini, Pempetisyen ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada ibunya, Puan Zawiah binti Muhammad kerana banyak bersabar dengan Pempetisyen serta mempercayai dan membenarkan beliau mengambil jurusan undang-undang walaupun sebenarnya ibunya lebih selesa jika Pempetisyen memilih jurusan kejuruteraan seperti kedua-dua kakaknya. Pempetisyen juga ingin mengucapkan terima kasih kepada bapanya yang telah banyak berkorban, En. Haji Ab Rahim bin Kasim serta kedua-dua kakak Pempetisyen, Azraa Illiani dan Azraa Afhzan yang menyokong pendirian Pempetisyen untuk mengambil jurusan undang-undang dan meyakinkan ibu Pempetisyen untuk membiarkan Pempetisyen dengan jurusan pilihannya. Tidak lupa juga kepada enam adik-adiknya yang sentiasa membuatkan hidup Pempetisyen lebih menarik.


Mengikut kata Pempetisyen sendiri, Yang Arif, walaupun pencapaiannya tidaklah sehebat kakak-kakaknya, Pempetisyen berharap agar beliau dapat menjadi contoh yang baik kepada adik-adiknya. Bagaimanapun, Yang Arif, saya tidak setuju dengan pernyataan Pempetisyen kerana profession di bidang undang-undang sama hebat (tak ingat sangat sebenarnye ayat dye, tp lebeyh kurang ah maksod dye) dengan profession lain seperti jurutera (n i think he said something more..entohh..). As what had been said by Seseorang (tak ingat jugek) lawyers are like your spouse; you can't live with them, you can't live without them. =D
Pempetisyen sedar bahawa tanpa kasih sayang, berkat, pengorbanan dan dorongan seluruh ahli keluarganya, Pempetisyen tidak mungkin boleh berada di sini.




Yang Arif, Pempetisyen juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengajar beliau, En. R Rajes yang telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada beliau selama sembilan bulan tempoh Latihan Dalam Kamar beliau di Tetuan Rajes Hisham Rahim & Gopal. Terima kasih juga kepada seluruh warga Tetuan Rajes Hisham Rahim dan Gopal terutamanya rakan kongsi-rakan kongsi firma tersebut, En. Ramesh dan En. Rahim, dan juga kepada peguam-peguam yang banyak membantu Pempetisyen mengharungi tempoh latihan dalam kamar terutamanya Ms. Joanna dan Cik Farisha. Pempetisyen sangat menghargai semua ajaran dan pengalaman yang diperolehinya semasa di sana.

Pempetisyen juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pempetisyen ke-sembilan, Cik Nuur Hidayah Abdul Rasid yang merupakan rakan serumah dan rakan semeja di firma latihan dalam kamar beliau. Terima kasih kerana banyak bersabar, terima kasih kerana menjadi pendengar setia, terima kasih kerana menjadi penyelamat di saat genting dan memerlukan, dan terima kasih kerana menjadi Nuur.


Akhir sekali, Pempetisyen ingin mengucapkan terima kasih atas dorongan dan sokongan rakan-rakannya yang banyak membantu menceriakan Pempetisyen sepanjang mengharungi latihan dalam kamar tersebut terutamanya teman teristimewa (my mover left out dat part) Ricardo Kaka (according to Nuur, my mover kinda buat muke kompyus jap..ngehehe), Sakinah, Yasmeen, Shamila, Syami, Aifaa, Nurul, Bazlaa, Sheera, Faezar, Shafura, Sharifah, Vida (it's Vidic ye kawan-kawan), Aizat dan rakan-rakan yang hadir pada hari ini. (My poor mover terpakse melepaskan nafas yang panjang cuz according to him: ramainye nak sebut..;p)





Yang Arif, saya percaya bahawa Yang Berbahagia Peguam Negara, Tuan Setiausaha Majlis Peguam dan Tuan Setiausaha Ahli Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur tidak mempunyai sebarang bantahan kepada petisyen Pempetisyen. Saya juga percaya bahawa Pempetisyen merupakan seorang yang berkelayakkan untuk diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara dan saya juga percaya bahawa semua suratcara adalah teratur.

Saya dengan rendah dirinya berharap supaya Pempetisyen, Azraa Fardilla binti Ab Rahim diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya.


there! panjang, rite? heh..btw, thanx to Mak, Angah, Abelong, Borgy, Sangkinah, & Buzlaa who came to my long call and had the oppurtunity to denga d speech..n thanx Milah for coming!!oh, n thanx to Mr. Rajes kerane menjubahkan saye..;)..n thanx to all my those wishes, kawan-kawan~let's pray that i'll be someone useful starting now..! =)

2 comments:

Sheera_K said...

i like! congrats!!! =)

bard said...

Mohon kongsi..JazakALLAHukhairankathiira.

Post a Comment